Pages

Saturday, 17 April 2010

Kisah Rama-Rama dan Burung Unta






fish: cpt cte
lion. syg meh baring kat riba abg
fish: meh. hehe
lion: hehe

fish: syg dh baring. smbil 2 . picit kepale syg. hehe
lion: hehe, ok syg
lion: cerita cinta ke?
fish: 0f c0z. crite cinta
lion: ok. wayang start. jangan sampuk2. hehe

-----------------------------------------------------------------------


lion: cerita dia bermula di suatu taman. taman yang berdekatan dengan sebuah kawasan padang rumput. yang sangat luas. Di taman tu, ada pelbagai jenis serangga dan sekawan rama, yang sangat hensem


lion: hahaha. syg.. o0o syg..
lion: nk rama2 ni jadi gegirl ke boboy?
fish: ye.. x ksah..
lion: oh. ok hehe.
fish: hehe


lion: di taman tu. tinggal lah sekawan rama-rama
fish: ensem.? pe jadah.. hahaha
lion: ya sangat hensem rama2 tu
fish: syg burung unta?
lion: then, setiap hari
fish: what? hahaha.
lion: hahahahahahaha
fish: hampeh!
lion: shushhhhh
lion: nk cerita ni
fish: fine!
lion: hehehe. tadi abg tnya. syg ok je. hahaha. ok. tukar2. rama2 yang sangat cantik
fish: hahaha. 0k. bru masyuk


lion: Setiap hari. tugas rama2 tu. kerja dia menabur baja dan mengambil madu dari bunga2 yang ada ditaman. Rama2 ni buat kerja tanpa jemu, kerana tu la kerja dia dalam seumur hidup dia, x da kerja lain . nenek moyang dia pun buat menda sama

fish: hehe. rjin bt0l

lion: kemudian. pada suatu senja. si rama2 yang paling cantik ni, nama dia sha, dia berjalan terbang ke hujung taman bersama dengan kawan2 dia

fish: hahaha. i like

lion: mereka terbang sambil main2 angin, ke atas, ke bawah, main kejar2 dengan kawan2 dia. lepas tu, semasa terbang tu, si sha ni berkata kepada kawan2 dia



lion: "apakata kalau hari ni, kita pergi jauh dari biasa?"
fish: wah, suspen.
lion: idea sha ni, ditentang oleh kawan2 dia, kerana perkara ni boleh membuat kan mereka sesat. kerana hari sudah hampir senja dan dah nk maghrib

lion: pastu. kawan2 dia suma cakap,"kita terbang area2 sini je dah la, jauh2 nntik. kita sesat". Lepas tu sha ni cakap "apalah salahnya. mana tau kat sana ada tempat yang cantik ke. apa ke. ntah2 ada jejaka hensem2 kat sana."

lion: pastu kawan2 dia dengar je jejaka hensem. semua terus cakap serenta "jom!!"
lion: sha ni sengih menanjang sambil terbang2 terusss menghala ke hujung taman.
fish: ceyt

lion: tempat yang mereka tak pernah pergi. lepas tu, bila sekawan rama2 ni sampai je kat area tu. derang terbang turun ke tanah, dan berehat2. kerana terlalu letih dan kemudian mereka nmpak. satu kawasan padang yang cukup luas, dan terjaga. ada air terjun kat area tepi kanan padang tu, air terjun tu cantik bangat.

lion: lepas tu. si sha ni cakap. "Eh kawan2. tgok tu. ada air terjun lah". Kawan2 dia terus pergi terbang ke air terjun meninggal kan sha keseorangan terpinga2

lion: sha lonely time tu. ngeh! ngeh! ngeh!
fish: x gnenye kwn
fish: help3. haha


lion: lepas tu. sha baru je nk terbang kat air terjun tu, dia ternampak bukit, yang mana tak pernah ada orang cerita ada bukit kat kawasan tu. si sha ni lebih tertarik pada bukit tu dari pergi ke air terjun tu. Si sha ni pergi la terbang secara perlahan2 kat gunung tu.Lepas tu, dia berehat sekejap kat atas gunung tu

lion: baru je dia duduk, tiba2. dia rasa kan seluruh tempat bergegar
fish: wah?
lion: dia dapat merasakan seperti ada gempa bumi. terlalu kuat gegaran tu. dan si sha ni, cuba terbang, terbang. dan terbang, tetapi, oleh kerana terlalu penat. dia tak dapat terbang seperti biasa.

lion: die terhuyung hayang. dia hilang punca, dan akhirnya die terkulai layu jatuh ke atas tanah.

lion: kemudian, bila sampai kat atas tanah tu, si sha ni terbuka mata dia, kerana pening2 lalat. dan dia sangat terkejut. kerana yang disangkakan bukit tadi
fish: syg tahu!
lion: adalah kepala burung unta
fish: syg tahu! ha! dah agak! haha
lion: lepas tu. hahahahaha


lion: lepas tu. burung unta ni, terasa amat bersalah. kerana dia rasa tidak selesa macam ada sesuatu atas kepala dia. sebab tu die geleng2 kan kepala. rupa2 nya si rama-rama yang duduk atas kepala dia, tu yang dia rasa bersalah, die tunduk ke arah rama2, lepas tu dia bertanya "awak ok tak? awak tak apa-apa?"

fish: sy ok. x ape2

lion: si puteri ni tercengang. burung unta yang sangat kacak tu bertanya kepada nya. si sha ni tak dapat bercakap apa2

fish: sjak ble die jd puteri?

lion: terus si sha ni berdiri laju2. berdiri tegak2. macam nk berkawad. kerana sangat malu dengan burung unta yang sangat hensem lagi menawan rupa wajahnya

lion: lepas tu. so burung unta ni berasa amat lega. sebab rama2 ni dah sihat macam tu je. pastu rama2 ni main2 mata ngan burung unta ni, n lepas tu burung unta ni pun angkat2 kening sikit. hahahaha

lion: pastu burung unta ni angkat rama2 ni bawak rama2 ke tempat mula2 rama2 ni sampai, si unta dan sha berborak lah. tanya asal usul apa suma la. then . tiba2. mereka disergah dari belakang

lion: "hoiii!! dating ke!!!" sergah kawan sha dari belakang

lion: pastu sha ni jawab "korang semua dah habis main air terjun ke?". derang ni cakap. dah puas dah.

lion: lepas tu. salah sorang kawan derang ni. nama dia ..apa nama nk bagi ni. ungu.ok. hahaha. then si ungu ni tiba2 menggedik depan si burung unta ni.

lion: bila si ungu ni menggedik2 depan burung unta,. semua rasa pelik. kerana perubahan sikap ungu. secara tiba2. ungu jadi tidak keruan melihat wajah burung unta ini. kerana dia belum pernah lihat wajah sekacak burung unta. hidung mancung. pipi tersorong sorong.



fish: uwek!hahahaha

lion: lepas tu. derang nak balik dah, tapi hari dah gelap. unta ni cakap "kita tidur kat sini. esok pagi. korang balik lah. sebab korang semua dah letih. lagi pun hari gelap nntik korang sesat"

lion: lepas tu. derang pun tido la kat atas tanah malam tu. mlm tu, tengah sedap2 tidur. si burung unta ni terdengar satu bunyi. dia terpandang ke arah bunyi tu. rupa2nya. si ungu ni sedang pegang pisau nk tikam perut sha.

fish: wah?. haha

lion: time dia angkat pisau tu untuk bunuh sha. cepat2 si burung unta ni bangkit bangun dan menepis lengan halus si ungu ni. dan ungu pun terpelanting jauh

lion: sebab kan bnyi si ungu ni terpelanting, semua rama2 tu termasuk sha terjaga, lepas tu. derang ni semua ikat si ungu ni tak nk kasi dia lari. lepas tu si sha ni dah rasa dirinya diselamatkan oleh burung unta ni. Tambahan lagi dengan rasa jatuh cinta

fish: haha

lion: dia pun senyum2 kat burung unta

fish: gatal punye sha

lion: lepas tu, esok nya brung unta tu ikut derang anta balik ke markas derang dekat taman tu, sebab burung unta ni takut si ungu terlepas
lion: lepas tu..sampai kat sna. burung unta ni bercerita la dekat si ketua taman. lebah tua ni

lion: lepas tu. bila dah habis cerita, lebah tua ni ucap terima kasih kepada burung unta kerana telah menyelamat kan sha dan menolong anak2 buah nya

lion: lepas tu. si burung unta ni berbisik kepada lebah tua tu, pastu lebah tua tu angguk2 je, pastu lebah tua tu cakap.

lion: attention..perhatian...
fish: haha. dwi bhasa lg 2
lion: burung unta ni nak buat pengumuman sila senyap semua. pastu burung unta ni berdehem sikit
fish: ehem

lion: dia pandang sha, n dia senyum. pastu, dia cakap "saya nak melamar sha menjadi teman hidup saya, adakah anda terima"
fish: hehe

lion: lepas tu. sha ni pun. terlompat lompat. pastu terbang keatas. dan semua rama2 lain ikut dia, terbang main2 angin kerana dia begitu gembira

lion: lelaki yang dia minat giler tu. yang hensem giler tu . melamar dia
lion: pastu dia pun, terbang semula ke bawah.. dan dia kata "saya setuju" sambil memandang si burung unta dan tersenyum
lion: lepas tu. semua orang menyorak kegembiraan dan akhirnya. mereka dikahwin kan di taman tu jugak keesokan harinya

lion: perkahwinan yg sangat meriah. dan, hubungan mereka kekal ke akhir hayat.........aminnnnnn..

lion: --------the end--------

-----------------------------------------------------------------------

fish: wah
lion: hehe
fish: mata syg hampir je nk tt0p ni. tq abg. cte best
lion: hahaha, lama giler abg cita, dekat 45mnt. hahaaha
fish: x pe. abg dh feeling sgt
lion: hahaha mana ada feeling, abg tengah fikir mcm mana nk bercerita ni. hahaha

lion: kepala abg kan berat. baru tido 3jam je tadi.tu yg susah nk fikir.
fish: abg. j0m tdo
lion: hahaha, tidur? jom

lion: ok syg tidur elok2 tau
fish: 0k
lion: love u syg
fish: i love u more abg

Saturday, 10 April 2010

Kisah Belalang Dan Itik




fish: Bedtime story?
fish: nk?

lion: syg nk cita kat abg? hehe
lion: nak3
lion: :)

fish: hehe, ok

-----------------------------------------------------------------------



fish: pada mse dahulu, ada seekor itik
lion: hehe
fish: itik ni sungguh hodoh, dibandingkan dgn kawan-kawan die yg lain, x da org nk dekat die..
lion: jap2.cita cinta tau.
fish: cite cinta..d0nt w0ry
lion: o0. hehe. okeh2
fish: hati itik ni
fish: slalu sdh..
fish: yela.. x da kwn..siape nk kwn dgn org h0d0h mcm die
lion: cian itik tu :(
fish: 1 ari.. itik g jalan2, skali itik 2 terg0lek d0g
lion: tergolek dog tu apa syg?
fish: terg0lek gaya d0g, berpusing2,haha
lion: hahahaha. o0o.okeh2 pastu?


fish: itik x leh jalan, kaki die luka
fish: die jerit
fish: help!
fish: help!
fish: hehe
lion: tolong.. help me babeh.. helpp...
lion: hehe
lion: :P

fish: x da siape yg dengar itu sangkaan itik. Rupe2nye
lion: wah..rupa2 nya?
fish: ada seekor hamba Allah yg dgr



lion: abg tau!!.belalang!
fish: si belalang
lion: hahaha.
fish: hahaha
fish: si belalang ni merupakan pahlawan yg disegani. 1 hutan belantara knl die ni. rmai yg nk ng0rat diem tp x dapat-dapat. sbb die jual mahal

lion: itik tu kenal dia jugak ke x kenal?
fish: itik 2 knl
fish: si belalang tnye "Wahai saudari itik, ape mslh saudari?".
fish: itik menuduk
lion: wahh..cool giler belalang tu.
fish: die malu akn wajahnya yg h0d0h itu ditatapi oleh belalang
lion: Alaa.. bukan semua orang pandng muka la :(
fish: "Saudari, ape mslh nya saudari?" tanya belalang lagi.
fish: "Kaki ku.." Jwb itik, masih menunduk.
fish: Si belalang memeriksa kaki itik. Luka di kaki itik di rawat dgn teliti oleh belalang
lion: hehe.
fish: setelah selesai. si belalang pun berkata.
fish: "wahai saudari itik,cntiknya seseorang bkn bergantung pada rupe, malahan pd hati"


lion: wahh.. bukan malahan la. Tetapi la
fish: lantak la
lion: adoii. haha
fish: asal bunyi sedap. haha
lion: okeh2. hehehe
fish: die smbung lagi, belalang kata. "angkat dagumu, dan berbangga dengan dirimu, sesungguhnya ak amat suka pada diri mu"

fish: hahahaha. macam siot
lion: hahaha
fish: ayt jiwang
fish: hahaha
lion: apa pulak siot nya. syg terus kan la cita tu.



fish: itik terpaku, belum sempat dia bersuara. belalang telah pun mel0mpat hilang, hari demi hari berlalu. tiada lg jejak belalang, dan hati itik rindu kepada belalang.
lion: wahh..belalang tu jual mahal betul
fish: perjumpaan pertama telah menyebabkan dia angau

lion: miss u syg
fish: miss u m0re

fish: itik makin lame makin dewasa, dia yg dahulunye h0d0h telah bertukar cantik



lion: dia buat plastic surgery ke syg?
fish: x
lion: o0.ok
fish: die tbe2 je cntik
fish: haha


fish: ramai binatang di hutan itu yg menaruh hati, terutamanya buaya.. bermacam-macam cara dilakukan.



lion: ehh. buaya pun? buaya tu nk makn itik. bukan suka kat itik..bahaya.......
fish: itik masih tak layan dia, hingga 1 hari. Buaya telah memutuskan untuk meragut kesucian itik.
fish: hahahahahaha
lion: wahhh
lion: ohh tidakkkkk
lion: hahahahahaha

fish: buaya telah meracuni air sungai dgn pil kuda. Menyebabkan itik tros koma
lion: waaa..pastu?
fish: belalang yg sdg brada di medan perang, telah diinf0rmkan oleh spynya si lalat, dan belalang bergegas pulang.



lion: dan2 je. kira nya belalang ni dalam diam amik tau la pasal si itik ni?
fish: ye la
fish: die buh lalat sbgai spy haha
lion: 0o.kali ni bnyk watak sampingan ni
fish: yep. haha

fish: belalang menyangkakan. itik telah mati, lantas die bertekad utk membunuh buaya. belalang telah membutakan mata buaya. dan akhirnya menikam mata buaya, setelah itu. belalang pergi mendapatkan itik

lion: buaya tu tak melawan ke?
fish: buaya dh pancit, haha
fish: belalang memeluk itik
lion: belalang the very2 best!!

fish: die pun mencium bibir or paruh itik. hahaha
fish: tibe-tibe dgn pelahannya, nafas itik mula berjalan dengan lancar.
lion: dan dengan tiba2 mata dia terbuka, hehe
lion: :x

fish: yep
fish: kemudian belalang melamar itik
fish: itik setuju, dan mereka kahwin, happy ever after.

-------------------------------the end--------------------------------

fish: =))
lion: :P
fish: best x
fish: haha
lion: sekejap je ending dia
lion: wahh. hahaha terkejut abg dengan ending dia. haha

fish: x larat dh
lion: hahaha, okeh2. kesian syg. kalau syg tak larat. tak pe la tadi, syg tidur je la
fish: td larat. hehe. dh cte, mesti letih
lion: hehe, tak pe la syg
fish: :)
lion: janji syg dah cerita. hahaha
fish: bt0l3
lion: hehe, thanks syg
fish: hehe, ok. abg. j0m tdo
lion: ok. jom , syg tido elok2 tau

Thursday, 8 April 2010

Cerita Beruang Dengan Anak Ikan



fish (05/04/2010 6:15:50): abg
lion (05/04/2010 6:15:55): ye syg
lion (05/04/2010 6:15:58): :)
lion (05/04/2010 6:16:01): kenapa syg.
fish (05/04/2010 6:16:06): bedtime st0ry
lion (05/04/2010 6:16:08): hehe
fish (05/04/2010 6:16:10): please
lion (05/04/2010 6:16:16): syg nk cerita apa?
lion (05/04/2010 6:16:17): :)
fish (05/04/2010 6:16:52): cerita beruang ngan anak ikan
lion (05/04/2010 6:17:03): beruang dengan anak ikan?
fish (05/04/2010 6:17:06): cerita cinta tau
lion (05/04/2010 6:17:07): ok
lion (05/04/2010 6:17:09): hehe
fish (05/04/2010 6:17:12): :)
fish (05/04/2010 6:17:15): hehe

lion (05/04/2010 6:17:23): beruang besar cinta ngan anak ikan yg kecik
lion (05/04/2010 6:17:24): hahahaha
lion (05/04/2010 6:17:34): ok
lion (05/04/2010 6:17:38): cerita dia mcam ni
fish (05/04/2010 6:17:45): ye


------------------------------------------------------------------------------------------


lion (05/04/2010 6:17:56): kat satu kawasan yang dalam hutan, hutan dia cantik, terjaga,n kawasan tu. Ada satu tasik, tasik tu pun cantik, kaler biru..seluas mata memandang


fish (05/04/2010 6:18:52): :)


lion (05/04/2010 6:18:55): n dekat dalam tu ada satu perkampungan ikan, ikan ni hidup aman n damai je. n jugak ada satu keluarga ikan ni sgt cute



fish (05/04/2010 6:19:19): :)
lion (05/04/2010 6:19:19): :)
fish (05/04/2010 6:19:27): hehe
fish (05/04/2010 6:19:33): sgt cute



lion (05/04/2010 6:19:33): n ikan cute tu nama dia puteri sha
lion (05/04/2010 6:19:34): :)
lion (05/04/2010 6:19:46): lepas tu. tak lama kemudian..
fish (05/04/2010 6:19:48): x kn la abg beruang
lion (05/04/2010 6:19:52): hahaha
fish (05/04/2010 6:19:54): cm x btol je
fish (05/04/2010 6:19:57): hahahahaha

lion (05/04/2010 6:19:58): hahahahaha
lion (05/04/2010 6:20:03): ke nk tukar?
fish (05/04/2010 6:20:09): x nk
lion (05/04/2010 6:20:12): hehe
fish (05/04/2010 6:20:12): haha
lion (05/04/2010 6:20:13): haa
lion (05/04/2010 6:20:16): da tau x nk, baca je
fish (05/04/2010 6:20:23): abg beruang kurus
lion (05/04/2010 6:20:24): jgn bnyk komen, hehe
lion (05/04/2010 6:20:28): sabar la ni
fish (05/04/2010 6:20:30): jgn kte bsar
fish (05/04/2010 6:20:32): haha

lion (05/04/2010 6:20:33): haha, ok, lepas tu
fish (05/04/2010 6:20:39): 0k


lion (05/04/2010 6:20:39): tiba2, time tu tasik tu jadi makin lama, makin kekurangan air. Bukan sebab panas, tapi sebab ada orang gi buang air dari tasik tu. Ada tapak pembalakan. Bnyk binatang dah mati sebab kena bunuh n jugk sebab tak cukup mkanan.


lion (05/04/2010 6:21:49): then pada satu hari tu. anak ikan ni main2 la kat tepi tasik tu sebab. puteri ni x pandai berenang. so dia pun main la kat area2 cetek2 je. Mama dia tengok je dari tepi puteri ni main2 air .Berenang kiri kanan suma la


lion (05/04/2010 6:23:06): tiba2
lion (05/04/2010 6:23:23): si puteri ni nampak bayang2 kat permukaan air tu. pastu puteri ni jadi gabra n tersedak air tu


fish (05/04/2010 6:23:41): ikan x pndai berenang?
fish (05/04/2010 6:23:47): gilo apo
fish (05/04/2010 6:23:49): haha

lion (05/04/2010 6:23:51): anak ikan baru belajar berenang la ni


lion (05/04/2010 6:23:56): lepas tu bila puteri tu tersedak, so dia lemas. n rupanya bayang2 tu bayang2 manusia yang tengah nk korek kasi air tasik tu keluar .Lepas tu ikan ni kan lemas. n dia terikut aliran air tu keluar dari tasik tu
lion (05/04/2010 6:25:06): lepas tu secara tiba2
fish (05/04/2010 6:25:23): ha?
lion (05/04/2010 6:25:25): si manusia ni nampak anak ikan puteri tu
lion (05/04/2010 6:25:35): dia nk culik anak ikan tu
fish (05/04/2010 6:25:47): wah?
lion (05/04/2010 6:25:51): then. dari celah2 pohon dalam hutan tu
fish (05/04/2010 6:25:58): tkot n suspen
lion (05/04/2010 6:26:00): ada mata yang memerhati si manusia ni. Mata yang cukup tajam
lion (05/04/2010 6:26:09): :)


fish (05/04/2010 6:26:11): syg thu!
lion (05/04/2010 6:26:12): lepas tu
lion (05/04/2010 6:26:15): syy
lion (05/04/2010 6:26:16): sabar
lion (05/04/2010 6:26:17): haha
lion (05/04/2010 6:26:19): lepas tu
fish (05/04/2010 6:26:21): beruang kurus
lion (05/04/2010 6:26:24): hahahahaha
fish (05/04/2010 6:26:24): 0ops
fish (05/04/2010 6:26:28): terlepas

lion (05/04/2010 6:26:31): lepas tu
fish (05/04/2010 6:26:41): ye


lion (05/04/2010 6:26:46): si lelaki ni baru nk capai puteri tu kat dalam air n mata yang memerhati tu terperasan yang lelaki ni nk buat jahat pada ikan tu. Tapi mata yang memerhati tu cool lagi, dia tak nk buruk sangka.


lion (05/04/2010 6:27:47): then. manusia ni dapat capat ikan tu, die tangkap
fish (05/04/2010 6:27:59): haha
lion (05/04/2010 6:28:05): anak ikan tu terkapai2, kelemasan dan tak selesa sebab dirangkul oleh manusia tu.


lion (05/04/2010 6:28:50): "ohh.. ini tidak jadi. aku harus lakukan sesuatu." kata mata yang memerhati tu


lion (05/04/2010 6:28:53): lepas tu, perlahan2 die pergi ke belakang manusia tu n sentuh bahu manusia tu. kira nk slow talk la. Tapi, manusia tu menepis dengan kuat. dan cakap. "beruang. ko jangan kacau aku!"
lion (05/04/2010 6:30:01): ya. mata itu beruang.
fish (05/04/2010 6:30:20): hahaha
lion (05/04/2010 6:30:21): then si beruang ni cakap. lepas kan anak ikan yang kcil itu. Nantik dia mati. dia tak suka kan kau.
lion (05/04/2010 6:30:43): nmpak tak die menggelitik geli
lion (05/04/2010 6:30:46): haha
lion (05/04/2010 6:30:50): lepas tu, manusia ni cakap. no no no tak boleh!.
lion (05/04/2010 6:31:04): aku yang jumpa dia dulu, dia tebusan aku!


lion (05/04/2010 6:31:19): beruang ni da jem, apa dia nk buat
fish (05/04/2010 6:31:28): haha
lion (05/04/2010 6:31:31): ini tidak jadi ni.. lepas tu. beruang ni cakap. kalau die lepas kan anak ikan tu. beruang ni x kn gadoh dengan manusia ni


lion (05/04/2010 6:32:04): tapi manusia ni x nk jugak mengalah.
lion (05/04/2010 6:32:10): dia buat2 tak takut ngan beruang ni
lion (05/04/2010 6:32:21): then manusia ni cakap
lion (05/04/2010 6:32:30): "boleh aku lepas kan. tapi dengan satu syarat. Ko kena tewas kan aku dengan satu pertandingan."
lion (05/04/2010 6:32:53): "Apa pertandingan itu?"tanya beruang.


fish (05/04/2010 6:32:58): ha?
fish (05/04/2010 6:33:04): melal0t2



lion (05/04/2010 6:33:14): pertandingan tu.sapa paling kuat antara kita, kira manusia ni nk gadoh la.
lion (05/04/2010 6:33:26): pastu beruang ni cakap, dia tak suka gadoh2, tapi manusia ni keras kepala.


lion (05/04/2010 6:33:48): pastu die tolak2 badan beruang ni
lion (05/04/2010 6:33:53): beruang ni sabar2 lagi ni.
lion (05/04/2010 6:33:59): kena cool la. depan puteri comel tu
lion (05/04/2010 6:34:00): :)
lion (05/04/2010 6:34:28): lepas tu. bila lelaki ni da mula tolak kuat2
lion (05/04/2010 6:34:35): tapi beruang ni cakap
lion (05/04/2010 6:34:39): "Boleh nk lawan tapi. letak kan dulu puteri tu dulu kat bawah"



lion (05/04/2010 6:34:58): Dan bila je puteri tu ada kat bawah, manusia ni terus belasah beruang
lion (05/04/2010 6:35:37): beruang ni bertahan
lion (05/04/2010 6:35:40): bertahan
lion (05/04/2010 6:35:43): n terus bertahan
fish (05/04/2010 6:35:46): ceyt
lion (05/04/2010 6:35:48): kemudian
fish (05/04/2010 6:35:50): nyampah
fish (05/04/2010 6:35:52): haha



lion (05/04/2010 6:36:05): Si lelaki ni keluarkan pistol dari poket dia, cepat-cepat si puteri ni merayu..
lion (05/04/2010 6:36:17): "jangan lah tembak beruang ni...dia baik .Plssss abam manusia"


lion (05/04/2010 6:36:26): then bila manusia ni pandang dekat anak ikan tu.. die terus acukan pistol dekat anak ikan tu pulak
lion (05/04/2010 6:37:05): "hah!. ini tidak jadi ni". Kata beruang.
lion (05/04/2010 6:37:16): Lepas tu. beruang ni terus terkam pada si manusia tu
lion (05/04/2010 6:37:25): wah. sungguh kuat beruang itu
lion (05/04/2010 6:37:33): manusia itu terus tumbang
lion (05/04/2010 6:37:45): dan setelah itu. manusia tu terus mengaku kalah
lion (05/04/2010 6:37:46): hahaha


lion (05/04/2010 6:37:48): tapi, bukan itu yang beruang ni nk. Dia nk manusia tu blah dari situ. n kasi kambus semula longkang yang buat air keluar dari tasik
lion (05/04/2010 6:38:35): (kira nk amik hati puteri la ni)
lion (05/04/2010 6:38:37): lepas tu. puteri tu cakap. "oh abam beruang.."

fish (05/04/2010 6:38:47): haha
fish (05/04/2010 6:38:56): cite hampeh


lion (05/04/2010 6:38:57): "terima kasih sebab selamat kan saya"
lion (05/04/2010 6:39:08): beruang ni cakap. "tak pe. jangan risau, itu semua small matter. x da masalah yang x dapat diselesai kan" kata beruang itu.

lion (05/04/2010 6:39:32): lepas tu, beruang tu amik anak ikan tu. Letak dekat dalam air . slow2 dia letak .sebab ank ikan ni x bermaya sgt da ni.
lion (05/04/2010 6:40:17): lepas tu. die slow2 pegang anak ikan tu. n dia ajar anak ikan tu berenang.

lion (05/04/2010 6:40:32): haa.. akhir nya. anak ikan ni dah pandai berenang. !!
fish (05/04/2010 6:40:45): beruang aja anak ikan berenang
lion (05/04/2010 6:40:49): n si beruang ni berenang sama2 dengan anak ikan tu dekat dalam tasi yang cantik
fish (05/04/2010 6:40:51): cm x logik je
fish (05/04/2010 6:40:54): hehe

lion (05/04/2010 6:40:55): logik la.
lion (05/04/2010 6:40:57): lepas tu, derang main kejar2 kat dalam tasik tu. n si anak ikan ni bawak beruang gi rumah dia. pastu anak ikan ni cerita semua kat family dia pasal beruang yang very2 best ni.
fish (05/04/2010 6:41:52): haha
lion (05/04/2010 6:42:01): pastu. family anak ikan ni pun suka ngan beruang ni. pastu adik anak ikan ni. mcm syok kat beruang ni.


lion (05/04/2010 6:42:18): hahahaha
lion (05/04/2010 6:42:20): pastu
lion (05/04/2010 6:42:37): beruang ni cakap. dia suka kat puteri sha je
lion (05/04/2010 6:42:38): :P
lion (05/04/2010 6:42:43): pastu
fish (05/04/2010 6:42:51): eleh!


lion (05/04/2010 6:42:56): lepas amik green light dari family anak ikan ni, dia terus gi dating2 kat tasik tu..
lion (05/04/2010 6:43:08): hehehe

lion (05/04/2010 6:43:21): ending dia.
lion (05/04/2010 6:43:30): beruang ni kawin ngan anak ikan tu. Satu kat darat. Satu kat air. Buat dua alam. satu ceremony yang besar2 gila
lion (05/04/2010 6:43:51): wahhh
lion (05/04/2010 6:43:52): :)
lion (05/04/2010 6:43:57): hehe
lion (05/04/2010 6:44:03): -the end-


------------------------------------------------------------------------------------------

lion (05/04/2010 6:44:20): abis da cita. hehe
fish (05/04/2010 6:44:28): haha
lion (05/04/2010 6:44:50): ok tak?
fish (05/04/2010 6:44:57): 0k
fish (05/04/2010 6:45:03): best
lion (05/04/2010 6:45:19): hehe. best tipu ke betul
fish (05/04/2010 6:45:24): :)
lion (05/04/2010 6:45:27): hahaha
fish (05/04/2010 6:45:35): pndai abg cte
lion (05/04/2010 6:45:39): haha. pandai apa nya
fish (05/04/2010 6:45:50): best bt0l
lion (05/04/2010 6:45:55): ngarut2 campur ntah apa2. hahaha. Cita anak ikan n beruang, susah tu. dah la beruang makan ikan tau
fish (05/04/2010 6:46:54): hahaha. tahu x pe.
lion (05/04/2010 6:47:05): hehe. syg jahat
fish (05/04/2010 6:47:08): tp ada beruang vegan. die mkn sayur je
lion (05/04/2010 6:47:14): bagi cerita susah2. haha
fish (05/04/2010 6:47:16): hahaha. bleh je cite. siap ada dialog. pergh
lion (05/04/2010 6:47:41): hahaha

Wednesday, 7 April 2010

Katak Terbang & Kucing Tempang



Assalamualaikum ...

Tersebut lah kisah. pada suatu malam...

Ikan : Abg, nk bedtime story, please..please..please..
Singa: Syg nak abg cerita pasal apa la?
Ikan : Nak pasal katak terbang dengan kucing tempang! hehe
Singa: Okeh2. hehe.
Cerita dia bermula macam ni...dengar la ni..
Ikan: Iye, syg dengar la ni.. :)

Tersebut lah kisah, pada zaman dahulu. Di sebuah negeri yang aman dan damai. ada nya sebuah kerajaan yang kuat dan gagah. :P
Dan pada di negara itu. ada nya satu istana yang sangat cantik. diduduki oleh raja dan permaisuri yang memiliki seorang puteri. puteri itu bernama puteri sha, yang berupa kucing . dan lebih malang lagi. kucing yang tempang :)

Dari hari ke sehari, usia si raja dan si permaisuri ni semakin meningkat remaja, dewasa, dan akhirnya menjadi warga emas. tetapi, yang merunsing kan fikiran pasangan ini. adalah tentang puterinya. tiada seorang pun yang mahu mengahwini puteri nya.


Pada suatu hari, negara mereka kekurangan pahlawan, dan si raja ni memerintah kan la askar-askar derang tu untuk mencari satria. satria yang akan mempertahan kan negara derang dari musuh yang mungkin datang menyerang bila-bila masa je.

Selepas diumum kan tentang berita pencarian pahlawan tu. Ramai la orang rakyat jelata nak mencuba nasib, manalah tau dapat jadi pahlawan tu. dan, pada hari yang di tetapkan. beribu ramai nya rakyat datang untuk menyertai dan jugak menengok pertandingan tu.

Lepas tu. bila pertandingan tu bermula. si askar ni membuat pengumuman tentang ciri kesatria yang negara mereka nak . "BARANG SIAPA YANG DAPAT LOMPAT SETINGGI AWAN, DIA AKAN DI JADIKAN KESATRIA NEGARA INI" kata askar pangkat prebet itu.

Dan setelah ditiupkan semboyan tu. semua rakyat dari yang tua ke yang baby. cuba melompat. melompat dan terus melompat. hingga akhirnya, semua orang telah tercungap-cungap keletihan dan jugak berputus asa.

Tiba-tiba, terdengar satu suara.
"Biar patik yang mencuba la tuanku".

Semua orang telah memandang sesama sendiri, dan mencari arah suara itu, dan kemudian, dari celah-celah orang ramai tu, keluar lah seekor katak,yang kelihatan dari luaran, sungguh gagah dan perkasa. xD

Kemudian si raja ni mencelah,
"Baiklah, silakan wahai katak , tunjukkan kemampuan kamu kepada beta, dan seluruh rakyat"

Dan katak tu cakap,
"Okkeh tuanku. akan patik cuba sedaya upaya ku."

Lepas tu. katak pun rilex.. cool..amik nafas......hembusss....
Dan katak tu lompat sekuat hati nya keatas . atas... dan atasss sampai lah ke awan,
Si katak tu rilex je main terbang-terbang dengan sayap yang ada dekat badan dia tu.
Semua orang terpegun dengan kehebatan si katak ni,
Dan setelah beberapa ketika, si katak ni pun turun lah semula ke bawah. dan tersenyum. =)


Semua orang bertepuk tangan terhadap katak yang hebat ini. semua nya terpegun, dan si kucing tempang tu pun terpegun dengan kehebatan katak yang sangat cool ini. si kucing ni main-main mata dengan si katak ni, n senyum-senyum, kenyit-kenyit mata. tinggal belum mintak no phone je lagi. xD

Lepas tu, si raja ni cakap,
"Baiklah, beta anugerah kan pingat kesatria kepada kamu wahai katak"
Dan si raja ni tambah sikit.
"Oleh kerana kamu ni dah macam nak sangat je kawin, dan puteri beta ni macam x da orang je nak. so beta nak kawin kan kamu. Kamu setuju katak?"

Si katak ni jawab. "setuju3" (katak gatal)

Pastu, pada hari yang dah ditetapkan tu, berlansung lah perkahwinan antara si katak ni dengan si kucing tempang ni tadi. Di dalam dewan istana yang sungguh cantik dan besar. Setelah kawin tu. si katak n si kucing tempang ni pun kissing kissing la. .

Tiba-tiba!!..
dengan secara tidak sengaja nya. si dua ekor ni bertukar menjadi putera yang sangat hensem n cool, gagah perkasa dan, pintar, rajin, baik hati, amanah, macam-macam lagi la.. Manakala si kucing tempang pula menjadi puteri yang sangat cantik. n cantik je la..

Semua orang terkejut dengan perubahan yang berlaku itu,!
Baru lah katak itu bagi tahu. Bahawa sumpahan nya telah berakhir, dan si katak tu pun menceritakan kisah sebenar nya, dia berasal dari sebuah kawasan yang jauh, dan dia telah merantau seluruh pelusuk dunia untuk mencari seorang puteri yang berupa Kucing Tempang dan mengahwini nya supaya menukar kan dia semula jadi manusia semula.

kemudian. raja ni pulak buat satu pengumuman.
"Oleh kerana beta sudah tua, beta rasa sudah sampai masa nya untuk beta retired. dan beta serah kan tampuk pimpinan beta kepada putera raja yang cool ni untuk memerintah negara ini."

Semua orang bertepuk gembira dengan pengumuman itu. dan si putera n puteri mengambil tampuk pimpinan kerajaan itu. dan telah menjadi raja n permaisuri baru.
mereka kemudia memerintah lah negara itu dengan aman sampai la akhir hayat mereka.....

----------The End----------



Introduction


Assalammualaikum wbt

Ini adalah 1st post kami ( Si Singa Garang n Si Ikan Comel).

Blog ini menceritakan kisah-kisah sebelum tidur, yg direka oleh kami sendiri, semestinya tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang belum lahir.

Kami selaku pemegang takhta blog-blog diraja berharap kalian semua sukakan blog ini.

Dengan ini terimalah salam persahabatan dari kami.






 
Copyright 2009 bedtime stories. Powered by Blogger
farah blog created by kerabatchieko
Wordpress by kerabatchieko
Blogger Showcase