Assalamualaikum ...
Tersebut lah kisah. pada suatu malam...Ikan : Abg, nk bedtime story, please..please..please..Singa: Syg nak abg cerita pasal apa la?Ikan : Nak pasal katak terbang dengan kucing tempang! heheSinga: Okeh2. hehe.Cerita dia bermula macam ni...dengar la ni..Ikan: Iye, syg dengar la ni.. :)
Tersebut lah kisah, pada zaman dahulu. Di sebuah negeri yang aman dan damai. ada nya sebuah kerajaan yang kuat dan gagah. :P
Dan pada di negara itu. ada nya satu istana yang sangat cantik. diduduki oleh raja dan permaisuri yang memiliki seorang puteri. puteri itu bernama puteri sha, yang berupa kucing . dan lebih malang lagi. kucing yang tempang :)
Dari hari ke sehari, usia si raja dan si permaisuri ni semakin meningkat remaja, dewasa, dan akhirnya menjadi warga emas. tetapi, yang merunsing kan fikiran pasangan ini. adalah tentang puterinya. tiada seorang pun yang mahu mengahwini puteri nya.
Pada suatu hari, negara mereka kekurangan pahlawan, dan si raja ni memerintah kan la askar-askar derang tu untuk mencari satria. satria yang akan mempertahan kan negara derang dari musuh yang mungkin datang menyerang bila-bila masa je.
Selepas diumum kan tentang berita pencarian pahlawan tu. Ramai la orang rakyat jelata nak mencuba nasib, manalah tau dapat jadi pahlawan tu. dan, pada hari yang di tetapkan. beribu ramai nya rakyat datang untuk menyertai dan jugak menengok pertandingan tu.
Lepas tu. bila pertandingan tu bermula. si askar ni membuat pengumuman tentang ciri kesatria yang negara mereka nak . "BARANG SIAPA YANG DAPAT LOMPAT SETINGGI AWAN, DIA AKAN DI JADIKAN KESATRIA NEGARA INI" kata askar pangkat prebet itu.
Dan setelah ditiupkan semboyan tu. semua rakyat dari yang tua ke yang baby. cuba melompat. melompat dan terus melompat. hingga akhirnya, semua orang telah tercungap-cungap keletihan dan jugak berputus asa.
Tiba-tiba, terdengar satu suara.
"Biar patik yang mencuba la tuanku".
Semua orang telah memandang sesama sendiri, dan mencari arah suara itu, dan kemudian, dari celah-celah orang ramai tu, keluar lah seekor katak,yang kelihatan dari luaran, sungguh gagah dan perkasa. xD
Kemudian si raja ni mencelah,
"Baiklah, silakan wahai katak , tunjukkan kemampuan kamu kepada beta, dan seluruh rakyat"
Dan katak tu cakap,
"Okkeh tuanku. akan patik cuba sedaya upaya ku."
Lepas tu. katak pun rilex.. cool..amik nafas......hembusss....
Dan katak tu lompat sekuat hati nya keatas . atas... dan atasss sampai lah ke awan,
Si katak tu rilex je main terbang-terbang dengan sayap yang ada dekat badan dia tu.
Semua orang terpegun dengan kehebatan si katak ni,
Dan setelah beberapa ketika, si katak ni pun turun lah semula ke bawah. dan tersenyum. =)
Semua orang bertepuk tangan terhadap katak yang hebat ini. semua nya terpegun, dan si kucing tempang tu pun terpegun dengan kehebatan katak yang sangat cool ini. si kucing ni main-main mata dengan si katak ni, n senyum-senyum, kenyit-kenyit mata. tinggal belum mintak no phone je lagi. xD
Lepas tu, si raja ni cakap,
"Baiklah, beta anugerah kan pingat kesatria kepada kamu wahai katak"
Dan si raja ni tambah sikit.
"Oleh kerana kamu ni dah macam nak sangat je kawin, dan puteri beta ni macam x da orang je nak. so beta nak kawin kan kamu. Kamu setuju katak?"
Si katak ni jawab. "setuju3" (katak gatal)
Pastu, pada hari yang dah ditetapkan tu, berlansung lah perkahwinan antara si katak ni dengan si kucing tempang ni tadi. Di dalam dewan istana yang sungguh cantik dan besar. Setelah kawin tu. si katak n si kucing tempang ni pun kissing kissing la. .
Tiba-tiba!!..
dengan secara tidak sengaja nya. si dua ekor ni bertukar menjadi putera yang sangat hensem n cool, gagah perkasa dan, pintar, rajin, baik hati, amanah, macam-macam lagi la.. Manakala si kucing tempang pula menjadi puteri yang sangat cantik. n cantik je la..
Semua orang terkejut dengan perubahan yang berlaku itu,!
Baru lah katak itu bagi tahu. Bahawa sumpahan nya telah berakhir, dan si katak tu pun menceritakan kisah sebenar nya, dia berasal dari sebuah kawasan yang jauh, dan dia telah merantau seluruh pelusuk dunia untuk mencari seorang puteri yang berupa Kucing Tempang dan mengahwini nya supaya menukar kan dia semula jadi manusia semula.
kemudian. raja ni pulak buat satu pengumuman.
"Oleh kerana beta sudah tua, beta rasa sudah sampai masa nya untuk beta retired. dan beta serah kan tampuk pimpinan beta kepada putera raja yang cool ni untuk memerintah negara ini."
Semua orang bertepuk gembira dengan pengumuman itu. dan si putera n puteri mengambil tampuk pimpinan kerajaan itu. dan telah menjadi raja n permaisuri baru.
mereka kemudia memerintah lah negara itu dengan aman sampai la akhir hayat mereka.....
----------The End----------
No comments:
Post a Comment