Pages

Saturday 17 April 2010

Kisah Rama-Rama dan Burung Unta






fish: cpt cte
lion. syg meh baring kat riba abg
fish: meh. hehe
lion: hehe

fish: syg dh baring. smbil 2 . picit kepale syg. hehe
lion: hehe, ok syg
lion: cerita cinta ke?
fish: 0f c0z. crite cinta
lion: ok. wayang start. jangan sampuk2. hehe

-----------------------------------------------------------------------


lion: cerita dia bermula di suatu taman. taman yang berdekatan dengan sebuah kawasan padang rumput. yang sangat luas. Di taman tu, ada pelbagai jenis serangga dan sekawan rama, yang sangat hensem


lion: hahaha. syg.. o0o syg..
lion: nk rama2 ni jadi gegirl ke boboy?
fish: ye.. x ksah..
lion: oh. ok hehe.
fish: hehe


lion: di taman tu. tinggal lah sekawan rama-rama
fish: ensem.? pe jadah.. hahaha
lion: ya sangat hensem rama2 tu
fish: syg burung unta?
lion: then, setiap hari
fish: what? hahaha.
lion: hahahahahahaha
fish: hampeh!
lion: shushhhhh
lion: nk cerita ni
fish: fine!
lion: hehehe. tadi abg tnya. syg ok je. hahaha. ok. tukar2. rama2 yang sangat cantik
fish: hahaha. 0k. bru masyuk


lion: Setiap hari. tugas rama2 tu. kerja dia menabur baja dan mengambil madu dari bunga2 yang ada ditaman. Rama2 ni buat kerja tanpa jemu, kerana tu la kerja dia dalam seumur hidup dia, x da kerja lain . nenek moyang dia pun buat menda sama

fish: hehe. rjin bt0l

lion: kemudian. pada suatu senja. si rama2 yang paling cantik ni, nama dia sha, dia berjalan terbang ke hujung taman bersama dengan kawan2 dia

fish: hahaha. i like

lion: mereka terbang sambil main2 angin, ke atas, ke bawah, main kejar2 dengan kawan2 dia. lepas tu, semasa terbang tu, si sha ni berkata kepada kawan2 dia



lion: "apakata kalau hari ni, kita pergi jauh dari biasa?"
fish: wah, suspen.
lion: idea sha ni, ditentang oleh kawan2 dia, kerana perkara ni boleh membuat kan mereka sesat. kerana hari sudah hampir senja dan dah nk maghrib

lion: pastu. kawan2 dia suma cakap,"kita terbang area2 sini je dah la, jauh2 nntik. kita sesat". Lepas tu sha ni cakap "apalah salahnya. mana tau kat sana ada tempat yang cantik ke. apa ke. ntah2 ada jejaka hensem2 kat sana."

lion: pastu kawan2 dia dengar je jejaka hensem. semua terus cakap serenta "jom!!"
lion: sha ni sengih menanjang sambil terbang2 terusss menghala ke hujung taman.
fish: ceyt

lion: tempat yang mereka tak pernah pergi. lepas tu, bila sekawan rama2 ni sampai je kat area tu. derang terbang turun ke tanah, dan berehat2. kerana terlalu letih dan kemudian mereka nmpak. satu kawasan padang yang cukup luas, dan terjaga. ada air terjun kat area tepi kanan padang tu, air terjun tu cantik bangat.

lion: lepas tu. si sha ni cakap. "Eh kawan2. tgok tu. ada air terjun lah". Kawan2 dia terus pergi terbang ke air terjun meninggal kan sha keseorangan terpinga2

lion: sha lonely time tu. ngeh! ngeh! ngeh!
fish: x gnenye kwn
fish: help3. haha


lion: lepas tu. sha baru je nk terbang kat air terjun tu, dia ternampak bukit, yang mana tak pernah ada orang cerita ada bukit kat kawasan tu. si sha ni lebih tertarik pada bukit tu dari pergi ke air terjun tu. Si sha ni pergi la terbang secara perlahan2 kat gunung tu.Lepas tu, dia berehat sekejap kat atas gunung tu

lion: baru je dia duduk, tiba2. dia rasa kan seluruh tempat bergegar
fish: wah?
lion: dia dapat merasakan seperti ada gempa bumi. terlalu kuat gegaran tu. dan si sha ni, cuba terbang, terbang. dan terbang, tetapi, oleh kerana terlalu penat. dia tak dapat terbang seperti biasa.

lion: die terhuyung hayang. dia hilang punca, dan akhirnya die terkulai layu jatuh ke atas tanah.

lion: kemudian, bila sampai kat atas tanah tu, si sha ni terbuka mata dia, kerana pening2 lalat. dan dia sangat terkejut. kerana yang disangkakan bukit tadi
fish: syg tahu!
lion: adalah kepala burung unta
fish: syg tahu! ha! dah agak! haha
lion: lepas tu. hahahahaha


lion: lepas tu. burung unta ni, terasa amat bersalah. kerana dia rasa tidak selesa macam ada sesuatu atas kepala dia. sebab tu die geleng2 kan kepala. rupa2 nya si rama-rama yang duduk atas kepala dia, tu yang dia rasa bersalah, die tunduk ke arah rama2, lepas tu dia bertanya "awak ok tak? awak tak apa-apa?"

fish: sy ok. x ape2

lion: si puteri ni tercengang. burung unta yang sangat kacak tu bertanya kepada nya. si sha ni tak dapat bercakap apa2

fish: sjak ble die jd puteri?

lion: terus si sha ni berdiri laju2. berdiri tegak2. macam nk berkawad. kerana sangat malu dengan burung unta yang sangat hensem lagi menawan rupa wajahnya

lion: lepas tu. so burung unta ni berasa amat lega. sebab rama2 ni dah sihat macam tu je. pastu rama2 ni main2 mata ngan burung unta ni, n lepas tu burung unta ni pun angkat2 kening sikit. hahahaha

lion: pastu burung unta ni angkat rama2 ni bawak rama2 ke tempat mula2 rama2 ni sampai, si unta dan sha berborak lah. tanya asal usul apa suma la. then . tiba2. mereka disergah dari belakang

lion: "hoiii!! dating ke!!!" sergah kawan sha dari belakang

lion: pastu sha ni jawab "korang semua dah habis main air terjun ke?". derang ni cakap. dah puas dah.

lion: lepas tu. salah sorang kawan derang ni. nama dia ..apa nama nk bagi ni. ungu.ok. hahaha. then si ungu ni tiba2 menggedik depan si burung unta ni.

lion: bila si ungu ni menggedik2 depan burung unta,. semua rasa pelik. kerana perubahan sikap ungu. secara tiba2. ungu jadi tidak keruan melihat wajah burung unta ini. kerana dia belum pernah lihat wajah sekacak burung unta. hidung mancung. pipi tersorong sorong.



fish: uwek!hahahaha

lion: lepas tu. derang nak balik dah, tapi hari dah gelap. unta ni cakap "kita tidur kat sini. esok pagi. korang balik lah. sebab korang semua dah letih. lagi pun hari gelap nntik korang sesat"

lion: lepas tu. derang pun tido la kat atas tanah malam tu. mlm tu, tengah sedap2 tidur. si burung unta ni terdengar satu bunyi. dia terpandang ke arah bunyi tu. rupa2nya. si ungu ni sedang pegang pisau nk tikam perut sha.

fish: wah?. haha

lion: time dia angkat pisau tu untuk bunuh sha. cepat2 si burung unta ni bangkit bangun dan menepis lengan halus si ungu ni. dan ungu pun terpelanting jauh

lion: sebab kan bnyi si ungu ni terpelanting, semua rama2 tu termasuk sha terjaga, lepas tu. derang ni semua ikat si ungu ni tak nk kasi dia lari. lepas tu si sha ni dah rasa dirinya diselamatkan oleh burung unta ni. Tambahan lagi dengan rasa jatuh cinta

fish: haha

lion: dia pun senyum2 kat burung unta

fish: gatal punye sha

lion: lepas tu, esok nya brung unta tu ikut derang anta balik ke markas derang dekat taman tu, sebab burung unta ni takut si ungu terlepas
lion: lepas tu..sampai kat sna. burung unta ni bercerita la dekat si ketua taman. lebah tua ni

lion: lepas tu. bila dah habis cerita, lebah tua ni ucap terima kasih kepada burung unta kerana telah menyelamat kan sha dan menolong anak2 buah nya

lion: lepas tu. si burung unta ni berbisik kepada lebah tua tu, pastu lebah tua tu angguk2 je, pastu lebah tua tu cakap.

lion: attention..perhatian...
fish: haha. dwi bhasa lg 2
lion: burung unta ni nak buat pengumuman sila senyap semua. pastu burung unta ni berdehem sikit
fish: ehem

lion: dia pandang sha, n dia senyum. pastu, dia cakap "saya nak melamar sha menjadi teman hidup saya, adakah anda terima"
fish: hehe

lion: lepas tu. sha ni pun. terlompat lompat. pastu terbang keatas. dan semua rama2 lain ikut dia, terbang main2 angin kerana dia begitu gembira

lion: lelaki yang dia minat giler tu. yang hensem giler tu . melamar dia
lion: pastu dia pun, terbang semula ke bawah.. dan dia kata "saya setuju" sambil memandang si burung unta dan tersenyum
lion: lepas tu. semua orang menyorak kegembiraan dan akhirnya. mereka dikahwin kan di taman tu jugak keesokan harinya

lion: perkahwinan yg sangat meriah. dan, hubungan mereka kekal ke akhir hayat.........aminnnnnn..

lion: --------the end--------

-----------------------------------------------------------------------

fish: wah
lion: hehe
fish: mata syg hampir je nk tt0p ni. tq abg. cte best
lion: hahaha, lama giler abg cita, dekat 45mnt. hahaaha
fish: x pe. abg dh feeling sgt
lion: hahaha mana ada feeling, abg tengah fikir mcm mana nk bercerita ni. hahaha

lion: kepala abg kan berat. baru tido 3jam je tadi.tu yg susah nk fikir.
fish: abg. j0m tdo
lion: hahaha, tidur? jom

lion: ok syg tidur elok2 tau
fish: 0k
lion: love u syg
fish: i love u more abg

1 comment:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bedtime stories. Powered by Blogger
farah blog created by kerabatchieko
Wordpress by kerabatchieko
Blogger Showcase